Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Tertinggi setakat ini, kes baharu COVID-19 melonjak kepada 1,240

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Oktober - 1,240 kes baharu dilaporkan hari ini, kes harian tertinggi sejak penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif kepada 27,805.

691 kes pulih dilaporkan dengan tujuh lagi kes kematian.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah daripada jumlah itu terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan luar negara.