Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

Malaysia catat kes harian empat digit pertama

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Oktober - Malaysia mencatat lonjakan kes baharu COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam, melepasi tiga angka buat pertama kali dengan 1, ribu 228 kes baharu direkodkan hari ini.

Sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif mencecah 25,742 kes.

Sabah kekal merekodkan jumlah kes positif baharu tertinggi dengan 889 kes, atau 72.4% daripada jumlah kes seluruh negara.

Dalam pada itu, 671 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah sembuh keseluruhan sebanyak 16,555 kes.

Manakala tujuh lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlahnya 221 kes.

Sehingga kini, terdapat 92 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain rekod kes positif tertinggi, Sabah juga mencatat rekod kes sembuh tertinggi hari ini dengan 449 kes, diikuti Selangor 83, dan Pulau Pinang, 68 kes sembuh.

Sementara itu, enam kluster baharu dikenal pasti di lima negeri.

Dua daripadanya di Sabah, manakala masing-masing satu di Negeri Sembilan, Selangor, Sarawak dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan Kluster Mesra dan dan Megah dikesan di Sandakan, Sabah dengan 37 kes positif.

55 kes dikesan dari Kluster Kaya di Seremban, Negeri Sembilan.

Manakala bagi Kluster Bah Kayu di Gombak, Selangor, 17 kes positif COVID-19 dikenal pasti.

Setakat ini, Kluster Baki di Kuching Sarawak mencatatkan lima kes jangkitan.

Di Johor Bahru dan Kulai, Kluster Kempas telah merekodkan lapan kes jangkitan.