Saturday, 28 November 2020

updated 7:15 AM UTC, Nov 28, 2020

SJR: Pekerja ada surat kebenaran majikan perlu dilepaskan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Anggota penguat kuasa yang bertugas di sekatan jalan raya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu membenarkan individu yang mempunyai surat kebenaran majikan dan pas pekerja untuk melepasi sekatan tersebut.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, hanya majikan yang boleh menentukan pekerja mana dibenarkan bekerja di pejabat atau di rumah.

Datuk Seri Ismail Sabri mengulas dakwaan terdapat pekerja yang melalui sekatan jalan raya di kawasan PKPB, diarah berpatah balik walaupun mempunyai surat kebenaran majikan dan pas pekerja.