Saturday, 28 November 2020

updated 7:41 AM UTC, Nov 28, 2020

585 ditahan ingkar PKP: 569 dikompaun, 13 direman, 3 diberi jamin

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - 585 individu ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.

569 daripada mereka dikompaun, 13 direman dan tiga lagi diberi jamin.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara kesalahan dikesan ialah tidak memakai pelitup separuh muka, gagal mengamalkan penjarakan fizikal dan premis tidak menyediakan rekod butiran pelanggan.

Menerusi Ops Benteng pula, 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dengan turut dirampas, lapan kenderaan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail menegaskan mana-mana PATI yang cuba menceroboh masuk ke Malaysia akan terus diusir keluar.

Tindakan itu dibuat setelah mengambil kira peningkatan kes COVID-19 khususnya di Pantai Timur Sabah yang disebabkan oleh PATI yang ditahan di penjara.