Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Status PKPB di KL, Selangor, Putrajaya, Labuan sedang diteliti

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Labuan sama ada dilanjutkan atau ditamatkan akan diumumkan selewat-lewatnya sehari sebelum tempohnya berakhir.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat penilaian dan penelitian, untuk dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara yang akan membuat keputusan muktamad.

Sementara itu, PKPD Asrama Pekerja Tropicana Petaling Jaya akan ditamatkan esok, seperti dijadualkan.

Bagaimanapun, kawasan itu masih tertakluk di bawah PKPB seluruh Selangor.