Saturday, 28 November 2020

updated 11:55 AM UTC, Nov 28, 2020

PKPD Taman Semarak, PPR Balung dilanjut hingga 8 November

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Semarak dan PPR Balung, Tawau, Sabah.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, perintah berkenaan bermula Isnin ini sehingga 8 November.

Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPD.

Kementerian Kesihatan akan melakukan saringan secara bersasar kepada penduduk terlibat.

Kerajaan Negeri menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri akan mengagihkan bekalan makanan kepada yang memerlukan.