Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Vaksin COVID-19 dijangka mula diterima suku pertama 2021

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Oktober - Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun depan.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Petugas tersebut meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.

Kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam.

Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksin yang masih dalam peringkat ujian klinikal.

MOSTI dan KKM berkata kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan COVAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin disediakan melalui Tabung COVID-19 Kementerian Kewangan.