Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Tiada undang-undang boleh sekat PRK diadakan, nyawa rakyat perlu jadi keutamaan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Tiada undang-undang yang boleh menghalang pilihan raya kecil diadakan berikutan kekosongan kerusi mana-mana Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menjelaskan dalam apa jua tindakan keselamatan dan nyawa rakyat perlu menjadi keutamaan.

Memberi contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Tan Sri Annuar berkata kerajaan perlu akur kepada perlembagaan negara tetapi pada masa sama perlu melakukan tindakan yang tidak membahayakan keselamatan rakyat ketika negara dilanda wabak COVID-19.

Begitu juga Pilihan Raya Negeri Sarawak, beliau menambah ia perlu diadakan selepas tempoh Dewan Undangan Negeri sedia ada tamat Jun tahun depan.

Beliau meninjau Program Mygrocer@wilayah di Setapak.