Saturday, 28 November 2020

updated 11:55 AM UTC, Nov 28, 2020

Sabah mohon lanjut PKPB, kes COVID-19 masih tinggi

  • Published in Nasional

SABAH, 24 Oktober - Kerajaan Sabah telah meminta Majlis Keselamatan Negara, MKN supaya melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini.

Menurut Datuk Seri Masidi, langkah itu penting kerana kes COVID-19 di negeri itu masih tinggi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama tempoh lanjutan tersebut.

Perkara itu terletak di bawah kuasa MKN.