Logo

Isu penutupan sekolah, KPM teliti data dan analisis sebelum buat keputusan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Kementerian Pendidikan meneliti setiap data dan analisa yang diterima sebelum mengambil keputusan menutup sekolah. 

Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan, tindakan menutup sekolah secara terburu-buru dikhuatiri akan menjejaskan komponen besar sosio-ekonomi negara.

Jelasnya, sosio-ekonomi itu melibatkan kebajikan lebih 5 juta pelajar dan 500,000 guru serta warga pendidikan, di seluruh negara.

Katanya, pembelajaran secara dalam talian amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Namun, kebanyakan isi rumah tidak mempunyai kelengkapan dan peranti teknologi yang diperlukan.

Justeru, kerjasama para guru dan ibu bapa amat diperlukan bagi melancarkan proses pembelajaran.

Beliau mengulas isu berkenaan dalam program sebuah rangkaian televisyen.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.