Logo

Kerajaan sentiasa tambah bantuan kesihatan, anggota, aset di Sabah


KUALA LUMPUR, 17 Oktober- 
Kerajaan sentiasa komited dan memberi perhatian kepada Sabah ekoran peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelbagai bantuan telah dihantar dan diagih termasuk bantuan kewangan, keperluan kesihatan, menambah kekuatan anggota dan aset keselamatan serta menambah jumlah sekatan jalan raya di Sabah.

Jelasnya, demografi Sabah yang luas dan jumlah penduduk ramai memerlukan kerajaan memberi tumpuan khusus.

Begitu juga di Sarawak kerana memiliki kawasan perairan yang panjang dan memerlukan kawalan pertahanan dan keselamatan yang tinggi dari sebarang pencerobohan.

Walaubagaimanapun, tegas Datuk Seri Ismail, kawalan anggota keselamatan sahaja tidak memadai tanpa peranan masyarakat setempat dan pemimpin di peringkat komuniti.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.