Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

COVID-19: Rakyat perlu terap pemikiran positif

  • Published in Nasional


KOTA KINABALU, 17 Oktober- 
Rakyat kini perlu bersikap positif dalam berhadapan kesan pandemik COVID-19.

Pemikiran positif penting dalam memastikan setiap individu mampu mengurus dan mengharungi cabaran yang dihadapi.

Pakar Psikiatri Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu, Dr Sivernanthini Purana Visvanathan, berkata, kebimbangan keterlaluan, perasaan gemuruh, kehilangan identiti dan arah tujuan serta hilang sabar dikenal pasti impak psikologi dihadapi masyarakat ketika ini. 

Dr Sivernanthini mengajak masyarakat agar bijak mengurus pemikiran dan emosi serta memahami bahawa tidak berhadapan situasi ketika ini bersendiri, malah dilalui seluruh dunia.

Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, apa yang perlu dibuat ialah membimbing diri untuk kembali fokus, selain melakukan rutin berfaedah.

Beliau dihubungi di Kota Kinabalu mengenai pengurusan stress dan fobia kesan Pandemik COVID-19.

Dr Sivernanthini juga berkata, situasi paling serius adalah terdapat golongan yang berfikir untuk mencederakan diri.

Nasihat beliau, aspek penyesuaian diri penting dalam menentukan tingkah laku individu dalam menjalani perubahan dalam aktiviti harian.

Masyarakat juga diminta bijak menapis dan memilih maklumat berkualiti sahaja bagi mengelak gangguan emosi.