Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Petugas barisan hadapan terima sumbangan YADIM

  • Published in Nasional

SABAH, 17 Oktober - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah tampil menghulurkan sumbangan makanan dan minuman kepada anggota keselamatan di beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) di Sabah. 

Sumbangan diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr. Aliakbar Gulasan dan Penolong Pengarah Operasi YADIM Sabah, Ramlee Daud.

Sumbangan ini bagi menghargai kegigihan dan komitmen tinggi petugas barisan hadapan mengawal lalu lintas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Program dengan kerjasama Pertubuhan Penggerak Kebajikan dan Dakwah Islam Sabah ini turut melibatkan agihan sumbangan di SJR Bongawan dan SJR Beaufort.