Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Penutupan pasar, kerajaan Johor rancang peniaga terjejas dipindahkan

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 17 Oktober - Peniaga terjejas kini boleh menarik nafas lega selepas Kerajaan Johor merancang untuk memindahkan mereka ke tapak bersesuaian untuk kembali berniaga. 

Ia susulan penutupan sementara beberapa pasar termasuk Bazar Karat di Johor Bahru akibat COVID-19.

Exco pelaburan, pembangunan usahawan, koperasi dan sumber manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad berkata, lokasi sementara yang ditempatkan itu nanti dipilih bergantung kepada keadaan semasa COVID-19 di kawasan itu.

Pihaknya juga mengenakan kadar sewa rendah supaya peniaga tidak terbeban dengan situasi terkini COVID-19.

Beliau ditemui selepas menyampaikan Geran Orang Lokal 2.0 di Johor Bahru.

Terdahulu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menutup sementara operasi pasar malam, pasar pagi, pasar tani FAMA, pasar khas dan bazar karat bermula semalam sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Notis penutupan susulan terdapat kes COVID-19 di kawasan pentadbiran MBJB.