Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Industri pelancongan negeri Sabah bakal dilonjakkan

  • Published in Nasional


KOTA KINABALU, 17 Oktober- 
Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yakin mampu melonjakkan semula industri pelancongan negeri berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, Menterinya Datuk Jafry Ariffin, berkata, antara inisiatif yang akan dipertimbang adalah mengikuti garis panduan Pertubuhan Pelancongan Sedunia.

Inisiatif termasuk penggunaan sistem teknologi baharu untuk menghubungkan data kesihatan pelancong.

Usaha itu bagi memastikan pelancong yang berkunjung ke Sabah berstatus sihat dan bebas COVID-19.

Bagi keselesaan pelancong, kemudahan infrastruktur pelancongan sedia ada akan dinaik taraf mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu juga sedia bekerjasama dengan negara luar termasuk pelabur demi menghidupkan industri pelancongan.

Industri pelancongan Sabah mencatat kerugian sekurang kurangnya RM320 juta sehingga awal Februari tahun ini akibat kesan awal pandemik COVID-19.