Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Akaun Amanah KKM kembali aktif

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 17 Oktober - Akaun Amanah Pembelian Alat Kelengkapan, Keperluan Perubatan, Kemudahan dan Perkhidmatan di Fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), diaktifkan semula.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu berdasarkan situasi semasa dengan peningkatan kes positif COVID-19.

Ia juga berikutan ramai pihak yang ingin membuat sumbangan tunai bagi membantu KKM menangani wabak tersebut.

Akaun yang pernah diaktifkan dari 23 Mac hingga 31 Mei 2020 lalu, berjaya mengumpulkan lebih RM31 juta dan telah digunakan bagi tujuan membeli kelengkapan perubatan antaranya seperti ventilator, Infra-red Thermometer, Ultrasound, katil-katil pesakit, Patient Monitor dan beberapa tujuan perubatan COVID-19 yang lain.

Dengan pengaktifan semula akaun amanah itu, Kementerian Kewangan telah meluluskan kemudahan potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi setiap sumbangan tunai ke Akaun Amanah tersebut.

Sumbangan tunai kepada Akaun Amanah ini boleh disalurkan melalui butiran akaun RHB BANK : 2660-1600-0234-75.

KKM turut menegaskan tidak melantik mana-mana ejen bagi melaksanakan kutipan sumbangan tunai atas nama kementerian ini.