Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Laporan pasukan khas tangani isu FELDA kini pada fasa akhir

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 September - Pasukan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda kini pada fasa akhir menyiapkan laporan penuh termasuk usaha pengukuhan kewangannya.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, laporan itu akan merangkumi cadangan menyelesaikan masalah aliran tunai ke arah menjadikan Felda sebagai organisasi lestari.

Datuk Seri Mustapa memaklumkannya perkara itu dalam satu program di Putrajaya.

Laporan media sebelum ini menyebut laporan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda itu akan diputuskan kerajaan pada pertengahan Oktober.