Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Empat kluster baharu COVID-19 dikesan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 September - Dalam pada itu, empat kluster baharu COVID-19 dikesan.

Dua daripadanya di Sabah dan masing-masing satu di Selangor dan Johor.

Menurut Tan Sri Dr. Noor Hisham, Kluster Jalan Bomba, Sabah melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah.

Manakala Kluster Jalan Utara, Sabah pula dikenal pasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan.

Kluster Benteng PK, Selangor pula dikenal pasti hasil saringan ke atas Pendatang Asing Tanpa Izin di Klang.

Bagi Kluster Bakawali, Johor kes dikesan membabitkan pasangan suami isteri yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah.