Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

KPKT sedia peruntukan RM50 juta, bantu atasi masalah 3,000 penduduk flat Taman Sri Berembang, Selangor

  • Published in Nasional

SELANGOR, 29 September - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT sedia memperuntuk RM50 juta bagi memindahkan lebih 3,000 penghuni flat Taman Sri Berembang, Selangor ke kawasan baharu.

Mereka kini berdepan masalah dinding retak dan bumbung bocor ke kawasan baharu.

Jelas Menteri Zuraida Kamaruddin, Kerajaan Selangor juga diminta memindahkan sementara, 180 penghuni blok C flat tersebut yang paling terjejas ke rumah Selangorku.

KPKT juga berharap satu jawatankuasa antara kerajaan negeri dan pusat dibentuk bagi penyelarasan masalah tersebut.

Tengah hari tadi, beliau mengadakan tinjauan di flat berkenaan.

Wakil penduduk, Mohd Yusof Dolah mahu pemindahan dilakukan segera memandangkan masalah keretakan semakin teruk.