Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

WKB 2030 mungkin diteliti semula

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 29 September - Pelaksanaan inisiatif bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang ditentukan pada peringkat awal ia digubal berkemungkinan perlu diteliti semula mengambil kira kesan COVID-19.

Jelas Perdana Menteri, pandemik yang melanda seluruh dunia memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuk Malaysia.

Perdana Menteri berucap pada Sesi Balai Rakyat Makmur Bersama Kuala Lumpur 2030 di ibu negara anjuran Institut Masa Depan Malaysia, Institut MASA.

Kerajaan juga akan menubuhkan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin sendiri sebagai mekanisme pemantau peringkat tertinggi agar objektif WKB dicapai, seterusnya memberi impak positif secara langsung kepada rakyat dan negara.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan portal Makmur Bersama yang direka khusus untuk membolehkan rakyat memberi input, maklum balas dan cadangan berkenaan WKB 2030.