Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Institusi kehakiman dan perundangan syariah akan terus dipertahan dan diperkasa

  • Published in Nasional

SEPANG, 29 September - Mahkamah Syariah yang merupakan institusi kehakiman perundangan syariah yang mendokong Syiar Islam akan terus dipertahan dan diperkasakan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha itu termasuk penambahbaikan berterusan bidang kuasa mahkamah syariah, perjawatan hakim syarie dan profesionalisme pegawai mahkamah.

Jelasnya, langkah itu akan melonjakkan imej institusi kehakiman dan perundangan syariah dalam menangani kes yang semakin kompleks dan mencabar.

Perdana Menteri berucap pada Majlis Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020, di Sepang.