Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Pentadbiran mahkamah syariah perlu guna teknologi baharu

  • Published in Nasional

SEPANG, 29 September - Penggunaan teknologi baharu perlu diberi keutamaan oleh pentadbiran mahkamah syariah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman Malaysia daripada episod pandemik COVID-19 menunjukkan bahawa penggunaan teknologi merupakan satu kewajipan.

Jelasnya, pentadbiran mahkamah syariah antara yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini termasuk penutupan mahkamah yang memerlukan sistem kehakiman berfungsi dalam keadaan norma baharu seperti pelaksanaan urusan mahkamah menerusi sistem dalam talian.

Perdana Menteri berucap dalam Majlis Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di Hotel Movenpick, Sepang.

Tambah Tan Sri Muhyiddin, jaminan perlembagaan terhadap pelaksanaan hukum syarak amat penting kepada kehidupan umat Islam.

Ia merupakan sebahagian daripada prinsip memelihara agama dalam Maqasid Syariah yang dilaksanakan.

Di Malaysia, pemakaian undang-undang Islam dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Akta serta Enakmen yang berkaitan.