Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Garis panduan pertanian kebun bandar di peringkat akhir penelitian

  • Published in Nasional

LANGKAWI, 27 September - Garis panduan aktiviti pertanian kebun bandar kini di peringkat akhir penelitian dan dijangka siap penghujung Oktober ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, garis panduan itu dirangka oleh Jabatan Landskap Negara.

Ia merangkumi prosedur operasi standard (SOP) serta menjadi sumber rujukan bagi memudahkan mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut.

Zuraida berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Kebun Bandar melibatkan 53 peserta di Frangipani Natural Farm School di Langkawi.

Menerusi garis panduan berkenaan, pekebun bandar tidak akan mengalami kesukaran untuk merujuk dan membuat permohonan di agensi berbeza.

Garis panduan itu juga berpotensi menjadi pemangkin dalam memperluas program kebun komuniti khususnya kepada generasi muda.