Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Pengagihan sumbangan perlu ikut SOP

  • Published in Nasional


ALOR SETAR, 27 September- 
Bukan kerenah birokrasi, sebaliknya perlu patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Itu penjelasan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor, terhadap sesengah pihak yang mendakwa bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan Diperketat Secara Pentadbiran (PKPDP) di negeri itu lambat disalurkan.

"Ia bukan birokrasi, tapi ada prosedur yang perlu dipatuhi."

"Kita tidak boleh elak kerana semua SOP tersebut telah diwartakan dan jika tidak dipatuhi, kita terdedah kepada tindakan undang-undang."

Beliau ditemui media selepas menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 88 ketua isi rumah, Rumah Pangsa Tongkang Yard Alor Setar, yang terjejas COVID-19. 

Setakat ini, 4,028 keluarga terjejas sudah menerima bantuan.