Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

PRU DUN Sabah : Kejayaan GRS gambarkan keyakinan rakyat terhadap pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin

  • Published in Nasional

KUANTAN, 27 September - Bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, kejayaan GRS memenangi Pilihan Raya Umum DUN Sabah menggambarkan keyakinan rakyat terhadap pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia memberi isyarat positif terhadap agenda kerajaan yang mengutamakan rakyat.

Kemenangan itu juga adalah yang pertama buat gabungan Pakatan Nasional yang baharu sahaja didaftarkan Ogos lalu.

Terdahulu Datuk Saifuddin melakukan lawatan kerja ke Program Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysiaku Tercinta di Sungai Ular, Kuantan.