Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Veteran ATM disaran daftar ahli PVATM

  • Published in Nasional


JASIN, 27 September- Semua veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sama ada yang bersara atau tidak disaran berdaftar sebagai ahli persatuan veteran bagi membolehkan pelbagai bantuan dapat disalur kepada mereka.

Perkara tersebut dinyatakan Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Melaka, Abu Bakar Jamal.

Katanya, pendaftaran itu perlu memandangkan sehingga kini di Melaka sahaja, terdapat 1,700 veteran yang belum mendaftar menjadi ahli.

Tambahnya, statistik ahli juga perlu sentiasa dikemas kini memandangkan peruntukan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran berdasarkan jumlah keahlian.

Setakat ini, PVTLDM Melaka yang ditubuhkan pada 2011 mempunyai 464 ahli di seluruh Melaka.

Beliau ditemui pada Program Ziarah Kasih PVTLDM di Jasin.

Pada program berkenaan, seramai 10 keluarga ahli persatuan itu menerima sumbangan berbentuk kit makanan dan barangan keperluan diri.