Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Jaringan jalur lebar di Sarawak terus dipertingkat

  • Published in Nasional

SIBU, 16 September - Jaringan jalur lebar di Sarawak akan terus dipertingkat melalui kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, inisiatif seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah diperkenalkan bagi mempertingkatkan capaian internet di seluruh negara termasuk di Sarawak.

Tambahnya, Sarawak juga merupakan negeri pertama yang diberikan lesen mempunyai stesen TV sendiri.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis Kempen Pembudayaan Norma Baharu Putuskan Rantaian COVID-19 dan program Merdeka@Komuniti di Rumah Akat ak Akong, Penasu, Sibu.

Beliau menyeru seluruh lapisan masyarakat bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Malaysia.

Justeru, beliau mengajak semua rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung sambutan Hari Malaysia dari Sibu Sarawak di TV1 dan saluran berita RTM bermula 8.30 malam ini.