Tuesday, 29 September 2020

updated 9:42 AM UTC, Sep 29, 2020

HRDF fokus bantu pekerja hilang pekerjaan

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 16 September - Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad, HRDF di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara, PENJANA peringkat negeri Sabah memberi fokus membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan, bukannya bermusim atau mempunyai kepentingan politik.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkata, program tersebut bukan gimik menjelang PRU DUN Sabah.

8,858 belia Sabah menerima manfaat bantuan Skim Insurans Pekerjaan (EIS) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan ekoran pandemik COVID-19.

Ia membabitkan peruntukan keseluruhan RM40.8 juta.

HRDF juga mengkaji semula kemudahan sedia ada bagi memastikan keselesaan golongan mencari pekerjaan.

Ini termasuk meningkatkan jumlah hasil kutipan levi kira-kira RM93 juta.

Terdahulu Datuk Seri Saravanan menyerahkan sijil penghargaan kepada 30 syarikat pembekal latihan dan 20 surat tawaran pekerjaan kepada belia di Kota Kinabalu.