Tuesday, 29 September 2020

updated 9:54 AM UTC, Sep 29, 2020

Tidak perlu PKPD di Tawau dan Lahad Datu, keadaan masih terkawal

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 September - Tidak perlu kuat kuasakan PKPD Pentadbiran di Lahad Datu dan Tawau, Sabah, kerana keadaan masih terkawal. 

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika PKPD dilaksanakan, ia bakal melibatkan lebih 511,000 penduduk di Tawau dan 226,000 di Lahad Datu.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat saringan secara bersasar melibatkan 25,000 individu di Tawau dan 13,000 di Lahad Datu.

Pusat-pusat kuarantin yang akan digunakan khusus di Tawau dan Lahad Datu juga telah dikenalpasti.

Semalam KKM telah menyaring 3,981 individu di Tawau dan 1,421 Lahad Datu.

Daripada jumlah itu, seramai 331 kes positif direkodkan di Tawau dan 89 kes positif di Lahad Datu.