Logo

COVID-19: KKM kesan kluster baharu di Kunak

 

PUTRAJAYA, 15 September - Satu kluster baharu dikesan di Kunak, Sabah dikenali Kluster Pulau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu merekodkan sembilan kes baharu.

Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif, lapan daripadanya merupakan ahli keluarga kes pertama berkenaan.

Sejumlah 128 individu disaring terdiri daripada 109 warganegara dan 19 bukan warganegara.

Seramai 18 individu daripadanya negatif manakala 101 individu masih menunggu keputusan.

Katanya, langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi dikenal pasti.

Punca jangkitan masih dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan giat dijalankan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.