Tuesday, 29 September 2020

updated 11:43 AM UTC, Sep 29, 2020

Lanjut pelajaran ke luar negara, tidak perlu kelulusan Jabatan Imigresen

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 September - Pelajar yang ingin ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran atau mendaftar sebagai pelajar baharu, hanya perlu menunjukkan surat tawaran tanpa perlu kelulusan Jabatan Imigresen. 

Datuk Seri Ismail Sabri berkata merekaperlu menunjukkan bukti ketika diperiksa pegawai Jimigresen, sama ada menunjukkan surat tawaran menyambung pengajian atau kad pelajar.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan membenarkan suami atau isteri warga Singapura untuk memasuki negara ini tetapi perlu menunjukkan sijil daftar perkahwinan di Malaysia.

Mereka perlu mempunyai visa Singapura dan tertakluk kuarantin wajib selama 14 hari.