Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Serbuan mesti disertai PBT, urusan pembatalan lesen premis ingkar arahan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 September - Setiap serbuan yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesti disertai pihak berkuasa tempatan. 

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan, tindakan itu bagi membolehkan PBT membatalkan lesen bagi premis perniagaan yang melanggar arahan ditetapkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan PKPP di Putrajaya.

Semalam PDRM menahan 132 individu atas kesalahan ingkar PKPP.

Daripada jumlah itu, seramai 14 individu telah direman, manakala 118 individu pula dikenakan kompaun.

Dalam Operasi Benteng pula, 46 PATI ditahan selain 1 bot dan 3 kenderaan darat dirampas.