Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

KKMM bakal anjur kempen COVID-19 di 153 daerah seluruh negara

  • Published in Nasional

SIBU, 15 September - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan Malaysia akan menganjurkan Kempen 'Pembudayaan Norma Baharu Putuskan Rantaian COVID-19' di 153 daerah di seluruh negara.

Rumah Akat Anak Akong, di Penasu Sibu menjadi lokasi pertama penganjuran program tersebut.

Menurut Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Suriani Ahmad menjelaskan, program yang julung kali dilaksanakan itu penting dalam usaha memberi kesedaran dan penerangan melalui hebahan kepada orang ramai yang negara masih belum menang dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Tambah beliau, KKMM menerusi agensi agensi kerajaan yang lain akan bekerjasama menjalankan kempen ini yang dijangka dilaksanakan sehingga 31 Disember tahun ini.

Beliau ditemui di Rumah Akat Akong, di Penasu Sibu hari ini.