Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Lebih 270 calon dijangka bertanding PRU DUN Sabah ke-16

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 12 September - Perikatan Nasional (PN) dianggotai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) bakal mengemukakan calon masing-masing berjumlah 29 orang dalam proses penamaan calon hari ini.

Barisan Nasional (BN) bersama tiga parti komponen iaitu UMNO, MCA, PBRS (36), manakala Parti Bersatu Sabah (PBS), parti 'mesra' PN, mengemukakan 15 calon manakala PHRS, empat calon.

Sementara, Parti Warisan Sabah WARISAN Plus bersama lima gabungan iaitu WARISAN, UPKO,PKR, DAP dan Parti AMANAH mengemukakan 73 calon.

Parti Cinta Sabah (PCS) pula mengumumkan 72 calon dan Parti USNO akan bertanding di 44 kerusi DUN.

BERSATU dipimpin Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan mempertahankan kerusi DUN Sulaman yang ditandinginya pada PRU lepas.

Timbalannya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun juga turut mempertahankan kerusi Karanaan.

Ketua Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin bertanding di kerusi DUN Lamag, kerusi baharu dalam Parlimen Kinabatangan.

Timbalannya Datuk Yakubah Khan pula bertanding di DUN Karambunai.

Sementara itu, Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Radin Maleh bertanding semula di DUN Melalap dan bakal ditentang Naib Presiden WARISAN, Datuk Peter Anthony, penyandang kerusi berkenaan.

Seorang lagi Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Yee Moh Chai pula akan bertanding bagi DUN Api-Api, yang turut ditandingi Pengerusi PKR sebagai penyandang Datuk Christina Liew.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai pula mempertahankan kerusi Kiulu dan akan ditentang Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Sementara itu, Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal terus mempertahankan kerusi DUN Senallang yang dimenanginya pada PRU Umum lepas.

Begitu juga Naib Presidennya, Datuk Jaujan Sambakong turut mempertahan kerusi DUN Sulabayan.