Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

NTIS: Teknologi tinggi lonjakkan pendapatan negara

  • Published in Nasional

CYBERJAYA, 19 Ogos - Malaysia perlu menjadi negara berteknologi tinggi ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelancaran Inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) menjadi satu cara negara mempercepat pertumbuhan ekonomi.

Ini dengan memangkinkan pembangunan penyelesaian inovatif daripada peringkat kajian dan pembangunan (R&D) ke peringkat yang sedia untuk dikomersialkan dengan jangkaan pulangan pelaburan kira-kira RM300 juta.

Ia meliputi pelbagai aspek termasuk menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penglibatan sosial yang lebih tinggi disamping kesan positif pengganda ekonomi.

Dengan jangkaan hasil serta impak NTIS dapat dilihat dalam tempoh 5 tahun akan datang, inisiatif tersebut juga dapat membantu meningkatkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, menyumbang kepada peningkatan pelaburan sektor swasta dalam R&D, menggalakkan pengunaan teknologi tempatan yang tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing

Beliau berucap dalam majlis pelancaran NTIS di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, MaGIC di Cyberjaya.