Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

5,590 individu ditahan terlibat judi haram sejak Januari

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Seramai 5,590 individu ditahan berkaitan perjudian haram sejak awal Januari sehingga Julai lalu.

Dalam tempoh sama, 9,817 peranti elektronik serta wang tunai RM1.04 juta dirampas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata semua tangkapan dan rampasan itu dilakukan dalam 3,015 serbuan di seluruh negara.

Menurut beliau, 61 sindiket judi ditumpaskan tahun ini, berbanding hanya 32 sindiket pada tahun lepas.

Katanya, pembanterasan judi haram akan diperkasakan dengan tindakan memotong bekalan elektrik ke atas premis perjudian yang diserbu.

Tahun lepas, 461 premis telah dipotong bekalan elektrik.

PDRM juga bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membatalkan lesen perniagaan premis yang menjalankan kegiatan judi haram di seluruh negara.

Tahun lepas, dua lesen perniagaan dibatalkan PBT, manakala pada tahun ini sebanyak empat lesen dibatalkan.