Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

270 individu ingkar arahan kuarantin di rumah dikenakan tindakan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - 270 individu ingkar arahan kuarantin di rumah telah dikenakan tindakan.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan arahan kuarantin di rumah, kerana ia berisiko tinggi mengakibatkan penularan COVID-19.

Dalam pada itu, 184 individu ingkar arahan PKPP ditahan semalam, 49 daripada mereka direman, manakala 135 lagi dikenakan kompaun.

14 warga asing turut ditahan atas kesalahan imigresen dalam Op Benteng.

Pada masa sama, Datuk Seri Ismail meluahkan rasa kecewa kerana semakin ramai yang ingkar arahan PKPP.

Ini kerana jumlah yang ditahan melebihi 100 orang setiap hari, sejak awal bulan ini.