Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Rakyat Malaysia dibenarkan ke United Kingdom, beri manfaat kepada 19,000 pelajar melanjutkan pengajian di UK

  • Published in Nasional

CHERAS, 12 Ogos - Bermula semalam, penumpang dari Malaysia dikecualikan menjalani kuarantin selama 14 hari di United Kingdom (UK)

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay berkata, ia memberi manfaat kepada hampir 19,000 pelajar di Malaysia untuk melanjutkan pengajian pada peringkat tertinggi di negara itu.

Beliau berkata kepada RTM selepas menyaksikan majlis menandatangani memorundum persefahaman antara Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan DOE Training, Consultancy Sdn.Bhd di ibu negara.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan British, Grant Shapps menerusi Twitter, menyatakan kelonggaran berkenaan diberi susulan penurunan angka kes positif COVID-19 di Malaysia.