Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

'Gangsterism tiada tempat di negara ini....' - KPN

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - 'Gangsterism tiada tempat di negara ini....'

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador terhadap pihak yang cuba menakut-nakutkan atau mengugut individu yang memberi maklumat mengenai kegiatan jenayah kepada pihak Polis.

Tan Sri Abdul Hamid mengulas berkenaan dakwaan Mohd Asri Hamid yang memaklumkan dirinya menerima panggilan berunsur ugutan terhadap video tularnya yang mendedahkan kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh

Beliau berkata demikian dalam Majlis SerahTerima Tugas Pengarah dan Pengerusi Jabatan Logistik dan Teknologi di Bukit Aman.

Mengulas mengenai kerahsiaan pemberi maklumat, beliau menegaskan, mana-mana anggota yang mendedahkan identiti pemberi maklumat boleh ditangkap dan didakwa di bawah Penal Code (Kanun Keseksaan).