Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

5 Dewasa dan 2 kanak-kanak maut kemalangan

  • Published in Nasional

PERAK, 12 Ogos - Polis sedang mengenal pasti waris kepada tujuh mangsa yang maut serta tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz; kesemua yang maut menaiki kenderaan MPV; berumur antara 4 hingga 50 tahun.

Tiga yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun, HRPB Ipoh untuk mendapatkan rawatan, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan

Ketika kejadian, kenderaan dinaiki mangsa sedang dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang ke Kedah, sebelum terbabas dan masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, HRPB, Ipoh.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.