Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Seorang guru dan 3 murid Taska diarah jalani kuarantin di rumah

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Seorang guru dan tiga murid Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu diarah menjalani kuarantin di rumah selama tujuh dan 14 hari.

Guru wanita berusia 33 tahun dan tiga kanak-kanak berusia satu tahun setengah, tiga dan empat tahun dari Kuala Terengganu dan Kuala Nerus itu dikuarantin bermula 3 Ogos lalu selepas melakukan perjalanan rentas negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, mereka dilaporkan pulang menyambut Aidiladha di Kubang Pasu, Kedah dan Perlis.

Namun mereka bukan termasuk Kluster Sivagangga.