Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Bantuan makanan diagih di kawasan PKPD bersasar

  • Published in Nasional

KANGAR, 12 Ogos - Penduduk yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar tidak perlu khuatir kekurangan bekalan makanan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man memberi jaminan, kerajaan negeri akan memastikan bekalan mencukupi sehingga berakhir tempoh perintah berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-14 di Kangar.

Sehingga kini, dua kampung di kawasan Sanglang telah dikenakan PKPD Bersasar iaitu kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.