Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Malaysia ada asas kukuh kekalkan LTTE dalam senarai pengganas

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai asas kukuh untuk menyenaraikan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai pengganas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, langkah itu dibuat hasil maklumat risikan dan keselamatan pelbagai pihak termasuk PDRM.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Selayang William Leong Jee Kee di Dewan Rakyat.

Selain Malaysia, banyak negara lain turut mengisytiharkan LTTE sebagai kumpulan pengganas, termasuk India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.