Monday, 28 September 2020

updated 11:57 PM UTC, Sep 27, 2020

Portal khas bantu rakyat Malaysia hilang pekerjaan di luar negara

  • Published in Nasional

TAPAH, 8 Ogos - Satu portal khas akan diwujudkan khusus untuk rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan di luar negara.

Butiran mengenainya, akan diumum Isnin ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, beliau perlu mengetahui angka sebenar rakyat Malaysia yang terlibat.

Ia bagi membolehkan pihak kementerian menawarkan pelbagai latihan kemahiran atau peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka.

Beliau merasmikan Majlis Go TVET Orang Asli di Dewan Merdeka Tapah.