Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

COVID-19: Tiada kes baharu Kluster Sivagangga

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 8 Ogos - Sejumlah 47 kes positif COVID-19 telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

Ia menjadikan jumlah kes kumulatif yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 8,775 kes iaitu 96.8 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Manakala bagi kes baharu, hanya 7 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi melibatkan 6 kes import dan 1 kes tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, tiada kes baharu dilaporkan dalam kluster PUI Sivagangga hari ini.

Datuk Dr. Noor Hisham berkata, setakat pukul 12 tengah hari tadi seramai 4,198 orang daripada kluster tersebut telah disaring.

Daripada jumlah tersebut, 43 kes disahkan positif COVID-19, 3,235 negatif dan 920 masih menunggu keputusan.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif juga masih diteruskan.

Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyahkuman dijalankan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berkait rapat dengan kluster tersebut.