Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

2 sekolah di DUN Sanglang tutup seminggu

  • Published in Nasional

SANGLANG, 8 Ogos - 2 sekolah dalam daerah Sanglang ditutup selama tujuh hari bermula Isnin ini akibat penularan kes baharu COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang.

Bagaimanapun, sesi pembelajaran akan dilakukan secara dalam talian agar murid tidak ketinggalan.

Penutupan dua sekolah berkenaan dibuat sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 berikutan dua daripada 10 ahli keluarga dalam kawasan itu disahkan positif semalam.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bergantung kepada keputusan saringan kesihatan yang dilakukan hari ini.