Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Seorang lelaki berusia 42 tahun ingkar arahan kuarantin di rumah

  • Published in Nasional

KULIM, 8 Ogos - Lagi kes ingkar arahan kuarantin di rumah membabitkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang memakai gelang putih, iaitu satu lagi gelang arahan kuarantin di rumah.

Dia ditahan semasa berkunjung ke satu pameran di Pusat Konvensyen Setia SPICE di Bayan Baru, George Town, Pulau Pinang, semalam.

Lelaki terbabit turut dikompaun RM1,000.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A. A Anbalagan dalam satu kenyataan berkata lelaki yang tinggal di Bandar Baru Ayer Itam itu ditahan selepas seorang pemilik gerai pameran, menyedari gelang putih yang dipakainya bagi arahan menjalani kuarantin COVID-19.

Semakan mendapati dia yang bekerja di sebuah kilang di Kulim, diarah menjalani kuarantin 14 hari di rumah bermula 28 Julai lepas setelah seorang pekerja kilang itu didapati positif COVID-19.

Lelaki berkenaan menjalani ujian saringan COVID-19 pertama pada 28 Julai dan keputusannya adalah negatif.

Dia masih perlu menjalani ujian saringan kedua pada 10 Ogos ini.