Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Malaysia mampu basmi kemiskinan menjelang 2030

  • Published in Nasional

JELI, 8 Ogos - Malaysia dijangka mampu membasmi kemiskinan sebagaimana ditetapkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, bagaimanapun ia mungkin tidak mampu ditangani secara total memandangkan pandemik COVID-19.

Jelas Datuk Seri Mustapa membasmi kemiskinan dan kebuluran antara 17 agenda yang ditetapkan PBB dan satu pasukan ditubuhkan Parlimen Malaysia tahun lalu bagi mendapatkan maklumat agenda pembangunan mampan itu.

Kumpulan yang ditubuhkan itu akan melihat setakat mana Malaysia mampu mencapai matlamat yang ditetapkan PBB menjelang 2030.

Namun katanya, agenda PBB adalah mahu membasmi kemiskinan yang belum  dicapai dan kerajaan sedang melihat serta merangka dasar dan kaedah lama untuk mencapai ke arah itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Tapak Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) di Pusat Khidmat DUN, di Jeli.

Kadar kemiskinan di Malaysia kini turun kepada 5.6 peratus, berbanding7.6 peratus pada 2016.