Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

180 Individu ditahan ingkar PKP

  • Published in Nasional

MUAR, 8 Ogos - Lagi 180 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP semalam.

Dalam kenyataan , Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 16 direman manakala 164 individu lagi dikenakan kompaun kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat hampir 60,000 pemeriksaan dalam tempoh 24 jam semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standart SOP PKPP.

Ia melibatkan lebih dua ribu pasukan pematuhan dengan 11,750 anggota telah membuat pemantauan di hampir 3,500 pasar raya, 5,394 restoran serta 1,458 penjaja.

Ia juga melibatkan lebih seribu terminal pengangkutan darat, 278 terminal pengangkutan air dan 123 terminal pengankutan udara dipantau oleh task force operasi pematuhan.

Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan, PDRM berjaya menangkap tiga warganegara asing atas kesalahan imigresen menerusi Operasi Benteng.