Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Mohd Nor Fakihin ambil masa seminggu cari inspirasi cipta Logo dan Slogan Budaya Norma Baharu

  • Published in Nasional

MUAR, 8 Ogos - Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dimenangi Mohd Nor Fakihin Aqsa Mohd Nor Azam.

Beliau menewaskan seribu 137 peserta lain.

Sebanyak dua ribu 150 logo diterima dalam pertandingan tersebut, sekaligus membuktikan kesedaran dan kesungguhan rakyat menzahirkan kreativiti dalam menyokong pematuhan norma baharu.

Hadiah berupa cek wang tunai lima ribu ringgit disampaikan oleh Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin turut menyampaikan peruntukan seratus ribu ringgit kepada setiap negeri, bagi tujuan pelaksanaan Program
Pembudayaan Norma Baharu di negeri masing - masing.

Ia bagi memastikan kempen tersebut dapat diperkasakan secara menyeluruh.